Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Gempa bumi di Taiwan jejaskan Internet

Filed under: Internet — Khairul at 5:38 pm on Thursday, December 28, 2006

Perkhidmatan internet Antarabangsa termasuk di Malaysia telah mengalami gangguan teruk apabila 6 kabel dasar laut di Asia Pasifik Rangkaian 2 (APCN2) terputus ekoran gempa bumi berukuran 7.2 skala-Richter di barat daya Taiwan.
Pengguna internet di Malaysia dan bahagian lain di negara ini akan mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan laman web berpangkalan di luar negara, terutama di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah.
Penangguhan perkhidmatan Internet dijangka akan berlarutan sehingga 3 minggu. Sehubungan dengan kejadian ini pihak Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) seperti TM Net, Jaring dan Timenet telah memindahkan laluan tersebut kepada laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan.

Anda juga boleh membincangkan mengenai isu ini di FORUM

Tips penting untuk download

Filed under: Komputer — Khairul at 6:07 pm on Friday, December 22, 2006

1. Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang ‘menumpang’ perisiannya.

2. Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi.

(Lagi …)

Teman…

Filed under: Bicara — Khairul at 2:22 pm on Friday, December 22, 2006

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat yang baik, hanya sejam sahaja diperlukan untuk menghargainya dan hanya sehari sahaja untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup kita sukar untuk melupakannya.

Intel Core 2 Duo lebih laju, jimatkan tenaga

Filed under: Komputer — Khairul at 6:36 am on Wednesday, December 20, 2006

Intel Core 2 Duo

CIP pemprosesan yang menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer kebanyakannya dinilai menerusi kelajuannya memproses dengan kadar kiraan Hertz yang kini sudah menjangkau ke GigaHertz atau kependekannya GHz. Secara lazimnya, apabila seseorang itu memilih untuk membeli komputer peribadi (PC), pasti nombor atau kelajuan GHz itu menjadi penentu pilihan kerana lebih besar nilainya, lebih laju kadar memprosesnya.

(Lagi …)

Sony Ericsson K800i

Filed under: Gadget — Khairul at 8:04 am on Monday, December 18, 2006
Sony Ericsson K800i
Sony Ericsson K800i
=============

Screen
* 262.144 color TFT
* 240×320 pixel
Sound
* 72 voices
Networks
* GSM 900
* GSM 1800
* GSM 1900
* UMTS
Available colours
* Allure Brown
* Velvet Black
Possible limited market availability.
Sizes
* 105 x 47 x 22 mm
* 4.1 x 1.8 x .9 inches
Weight
* 115 gr
* 4.1 oz
Features:
* Xenon flash - real photographic light
* BestPic™ - pick the best, delete the rest
* Cyber-shot™ 3.2 megapixel digital camera with autofocus
* 3G - high speed Internet services
* Music and video player
* Memory Stick Micro™ (M2™) support

Lebih selamat dengan VISTA

Filed under: Komputer — Khairul at 2:01 am on Monday, December 18, 2006

Windows Vista
Ciri-ciri keselamatan utama Windows Vista:

- Windows Defender: melindungi komputer dari perisian pengintip dan perisian lain yang tidak diingini.

- BitLocker Drive Encryption: melindungi data menggunakan asas perkakasan yang mana ia akan mengatasi kebimbangan data dari dicapai sekiranya berlaku kecurian ke atas salah satu PC anda.

- Mengawal pemasangan alat pemacu: pentadbir IT boleh menggunakan Group Policy dalam Windows Vista bagi menghalang pemasangan peranti penyimpanan yang boleh ditanggalkan seperti pemacu USB flash dan pemacu keras luaran bagi membantu mencegah harta intelek korporat dari dicuri.

- Sokongan Nama Domain Antarabangsa: Internet Explorer 7 dalam Windows Vista kini mendapat sokongan daripada Nama Domain Antarabangsa (IDN) dalam URL. Ia melindungi URL dengan tujuan menipu pengguna kononnya mereka melawati laman yang boleh dipercayai.

- Meningkatkan ‘Firewall’: Windows Vista melindungi PC secara automatik sebaik saja Windows bermula. Ia direka untuk mudah digunakan, dengan sedikit pilihan tata rajah dan antaramuka mudah bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna. Keupayaannya lebih mantap untuk mengesan kejanggalan dan secara automatik menyekat sumber-sumber Windows yang lain bagi mencegah ancaman daripada merebak.

(Lagi …)

Kelebihan Mozilla Firefox

Filed under: Komputer — Khairul at 1:54 am on Monday, December 18, 2006
Mozilla Firefox

Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan perlesenan sumber terbuka. Ia boleh digunakan di atas platform sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh.

Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.

Antara kelebihan Firefox ialah:

(Lagi …)

Seterusnya »
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key