Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Lebih selamat dengan VISTA

Filed under: Komputer — Khairul at 2:01 am on Monday, December 18, 2006

Windows Vista
Ciri-ciri keselamatan utama Windows Vista:

- Windows Defender: melindungi komputer dari perisian pengintip dan perisian lain yang tidak diingini.

- BitLocker Drive Encryption: melindungi data menggunakan asas perkakasan yang mana ia akan mengatasi kebimbangan data dari dicapai sekiranya berlaku kecurian ke atas salah satu PC anda.

- Mengawal pemasangan alat pemacu: pentadbir IT boleh menggunakan Group Policy dalam Windows Vista bagi menghalang pemasangan peranti penyimpanan yang boleh ditanggalkan seperti pemacu USB flash dan pemacu keras luaran bagi membantu mencegah harta intelek korporat dari dicuri.

- Sokongan Nama Domain Antarabangsa: Internet Explorer 7 dalam Windows Vista kini mendapat sokongan daripada Nama Domain Antarabangsa (IDN) dalam URL. Ia melindungi URL dengan tujuan menipu pengguna kononnya mereka melawati laman yang boleh dipercayai.

- Meningkatkan ‘Firewall’: Windows Vista melindungi PC secara automatik sebaik saja Windows bermula. Ia direka untuk mudah digunakan, dengan sedikit pilihan tata rajah dan antaramuka mudah bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna. Keupayaannya lebih mantap untuk mengesan kejanggalan dan secara automatik menyekat sumber-sumber Windows yang lain bagi mencegah ancaman daripada merebak.

Selamatkan Data Dari Ancaman Luaran

Windows Vista memperkenalkan User Account Control, satu ciri yang membolehkan pengguna memanfaatkan Windows serta meluncur web tanpa keistimewaan pentadbir.

Keistimewaan mod itu menyediakan lapisan keselamatan tambahan yang menjadikannya lebih sukar untuk menyerang sistem berkenaan sambil mengimbangi antara keselamatan dan keserasian.

Dengan Windows Defender dan Internet Explorer 7, User Account Control meningkatkan keselamatan komputer dengan memberi keupayaan untuk memutuskan sama ada perisian berbahaya tertentu dibenarkan membuat perubahan kepada komputer sambil mengurangkan kesan virus, perisian pengintip dan ancaman lain.

Rangkaian tanpa wayar pula, walaupun mudah, ia boleh mendedahkan perniagaan anda kepada pelbagai gejala negatif itu.

Bagaimanapun, Windows Vista mengatasi keperluan itu dengan menjadikan rangkaian tanpa wayar lebih selamat dengan sokongan bagi protokol rangkaian terkini dan lebih selamat – WiFi Protected Access 2 (WPA2).

Satu lagi pertahanan ialah Windows Firewall, yang memaparkan penapisan kesedaran aplikasi, dwihala dan membantu menyekat perisian berbahaya daripada merampas perkhidmatan Windows dengan menyekat capaian ke fail, pendaftaran, dan sumber rangkaian.

Mengatasi Acaman Dalaman

Menumpukan tindakan keselamatan perniagaan terhadap ancaman luar boleh mewujudkan rasa selamat yang mengelirukan.

Aspek yang kebanyakan pengguna terlepas perhatian ialah perlunya menyelamatkan diri mereka dari ancaman dalaman.

Ia membabitkan keperluan untuk mengekalkan kawalan ke atas setiap capaian individu kepada sumber dan apa yang mereka boleh lakukan kepada rangkaian.

User Account Control membantu melindungi sumber korporat dengan membenarkan anda menggunakan komputer dengan keistimewaan pengguna standard.

Langkah itu bagi mengurangkan serangan permukaan terhadap sistem kendalian anda dan mengehadkan keupayaan perisian berbahaya melakukan kerosakan.

Di samping itu, sistem pengauditan dan laporan Vista yang lebih canggih boleh membantu mengurangkan kos pematuhan organisasi dengan memantau kemasukan ke rekod dan sumber terhad.

Ia juga akan merekod bila dan bagaimana capaian diberikan bagi membantu pengurusan keselamatan itu lebih cekap dan memastikan pematuhan.

Sekarang, anda boleh relaks kerana anda kini lebih selamat dengan Vista.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key