Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Thunderbird Thumbdrive

Filed under: Internet — Khairul at 5:51 pm on Monday, January 29, 2007

Dengan hanya menggunakan pendrive, anda mampu untuk memindahkan email dan address book seperti yahoo mail, hotmail, gmail dan sebagainya ke dalam pendrive anda ke mana sahaja anda pergi. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat turun applikasi sistem Mozilla Thunderbird Portable ini ke dalam pendrive anda. Klik untuk memuat turun applikasi ini: http://releases.mozilla.org/pub/mozilla.org/extensions/mailtagger/mailtagger-1.5-tb.xpi

Komputer Lambat??

Filed under: Komputer — Khairul at 12:43 pm on Thursday, January 11, 2007

Berikut adalah maklumat yang perlu anda ketahui apabila menghadapi masalah komputer lambat.

Spyware & Virus
- Spyware dan Virus adalah punca utama yang menyebabkan komputer anda menjadi lambat. Ini kerana ianya mudah menjangkiti komputer anda secara tidak langsung melalui banner-banner dan iklan-iklan di suatu laman web yang dilawati degan menggunakan pelayar Internet Explorer. Langkah mudah untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pelayar Firefox.

Processor Overheating
- Kebanyakan processor mudah menghasilkan kepanasan yang melampau dan ini membuatkan tahap kepanasan processor meningkat melampaui batas dan menyebabkan sistem dan proses menjadi lambat. Oleh itu anda perlu menggunakan penyejukan dan kipas yang khusus untuk processor anda.

RAM yang kotor
- Situasi ini juga melibatkan RAM kerana mungkin ianya kotor dan menyebabkan timing RAM itu menjadi lebih lambat dari spesifikasinya dan membuatkan ianya panas. Anda hanya perlu membuka RAM anda dan membersihkan kaki slotnya dengan menggunakan pemadam getah.

Disk Fragmentation
- Penggunaan proses add,edit atau delete sesebuah fail akan menyebabkan pemecahan pada beberapa sektor pada cakera keras (harddisk). Anda perlu mendefrag komputer anda supaya cakera keras (harddisk) dapat menyusun semula proses pada sektornya.

Jenis-jenis Virus Komputer

Filed under: Komputer — Khairul at 6:57 pm on Wednesday, January 10, 2007

Virus dikenal pasti sebagai suatu program yang mampu mendapatkan maklumat, memeriksa sesuatu fail, mampu menyembunyikan dirinya dan mampu menghapus atau mengubah sesuatu fail tersebut.
Virus dapat dikelaskan sebagai:

Virus Mikro:
Program yang dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan dan ianya mampu berfungsi apabila pengguna menggunakan sesuatu aplikasi itu sesuai dengan aplikasinya. Sebagai contoh virus ini dicipta sesuai dengan aplikasi Ms Word, maka ianya akan bertindak mengikut aplikasi ini.
Virus Boot Sector:
Virus ini berfungsi dengan memindah dan menggantikan boot sector asli kepada program booting virus. Apabila program booting ini terjadi, virus akan dimasukkan ke memori dan virus ini akan mengendalikan perkakasan seperti printer atau monitor dan seterusnya menyebarkannya kepada perkakasan yang lain.
Stealth Virus:
Virus ini akan menguasai DOS iaitu “Interrupt Interceptor” dengan mengendalikan arahan-arahan didalam DOS.
Polymorphic Virus:
Virus ini berfungsi mengawal program Antivirus supaya program Antivirus ini tidak dapat mengesannya.
Virus File/Program:
Virus jenis ini akan memberi kesan kepada fail-fail yang berkait dengan sistem operasi.

iPhone Keluaran Apple

Filed under: Gadget — Khairul at 2:33 pm on Wednesday, January 10, 2007

Apple iPhone
=========

Saiz Skrin
- 3.5″

Berat
- 135 gram

Resolusi Skrin
- 320×480 160ppi

Sistem Operasi
- OS X

Kapasiti Muatan
- 4GB atau 8GB

Jaringan Tanpa Wayar
- WiFi (802.11b/g), EDGE, Bluetooth 2.0

Kamera
- 2.0 Megapiksel

Muzik & Video
- Apple iPod

Nokia N76

Filed under: Gadget — Khairul at 12:29 pm on Tuesday, January 9, 2007

Nokia N76
======

Berat
- 115 g
Panjang
- 106.5 mm
Lebar
- 52 mm
Ketebalan
- 13.7 mm
Warna
- Hitam
- Merah

Mesej
- E-mail (SMTP, IMAP4, POP3), MMS, SMS

Perhubungan
- Mini-USB dengan USB 2.0
- Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar Bluetooth 2.0

Kamera
- Sensor: CMOS, 2 megapixel (1600×1200 pixels)
- Jarak fokus: 4.4 mm
- Video: QVGA

Internet 3G
- Menghantar & menerima e-mel
- Melayari internet dalam skrin 2.4″ dan 16M warna

Muzik
- Mengawal muzik dan radio FM tanpa membuka kawalan muzik dan suara
- Memuatkan 1500 lagu dengan kad memori 2GB
- Muat Turun dan memainkan Mp3

Kenali Taktik Pencerobohan Komputer (Hacking)

Filed under: Internet — Khairul at 1:09 pm on Monday, January 8, 2007

Denial of Service:
- Ianya berfungsi menyerang sesuatu laman web dengan meminta telalu banyak maklumat pada laman web tersebut dan pengodam boleh menyekat sistem, memperlahankan prestasi atau memusnahkan laman tersebut.

Scans:
- Menggunakan Internet untuk menentukan jenis-jenis komputer, perkhidmatan dan rangkaian. Dengan ini penyerang akan mengambil kesempatan dengan mencari kelemahan sesebuah komputer atau perisian tersebut.

Sniffer:
- Menggunakan sesebuah program yang mencari bungkusan (packet) data individu yang mengandungi maklumat atau katalaluan apabila seseorang itu menghantar datanya melalui internet.

(Lagi …)

Bagaimana untuk Melindungi Komputer Anda dari Rangkaian Hotspot

Filed under: Internet — Khairul at 12:29 pm on Monday, January 8, 2007

Hotspot atau Jaringan Tanpa Wayar adalah terdedah kepada ancaman luar. Seseorang itu boleh mengakses komputer tanpa pengetahuan anda dan mungkin akan mencuri maklumat atau memusnahkan sistem komputer anda.
Antara cara untuk melindungi komputer anda adalah mudah iaitu dengan menutup ad hoc mode komputer anda. Kebiasaannya ia tidak dibuka, tetapi mungkin ianya terbuka tanpa pengetahuan anda. cara untuk menutup ad hoc mode adalah:

- Klik kanan di wireless icon di system tray.
- Pilih status.
- Klik properties.
- Pilih wireless network tab.
- Pilih sambungan rangkaian semasa anda.
- Klik properties, kemudian klik association tab.
- Padam pilihan di kotak bersebelahan “this is a computer-to-computer (ad hoc) network”
- Klik ok, dan klik ok sehingga kotak dialog muncul.

Seterusnya »
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key