Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

F-Secure AntiVirus Untuk Telefon Bimbit

Filed under: Internet — Khairul at 5:42 pm on Friday, January 5, 2007

F-Secure Mobile Anti-Virus adalah antivirus yang direka khas untuk telefon bimbit dan mudah digunakan dan juga tidak memerlukan sumber berlebihan atau interaksi daripada pengguna. Ia akan mengimbas semua fail, telefon dan kad memori secara automatik. Apabila sesuatu fail yang dijankiti virus itu berjaya dikesan, ia akan kuarantinkan fail tersebut dengan segera untuk melindungi kesemua data yang berada di dalam sistem. Pangkalan data antivirus akan dikemaskini secara automatik apabila pengguna sedang menggunakan talian internet atau 3G seperti penggunaan email, pelayar web atau sebagainya tanpa mengganggu proses tersebut. Perisian ini juga amat ringan jika dibandingkan dengan antivirus yang lain. Ia juga dilengkapi dengan sistem peranti keselamatan (firewall) untuk mengelakkan pencerobohan ketika pengguna sedang menggunakan talian.

Terlupa Password/Kata Laluan?

Filed under: Komputer — fairiz at 4:09 pm on Friday, January 5, 2007

Apabila anda tidak menggunakan password terlalu lama seperti yang disimpan Ms Outlook anda mungkin akan terlupa tentang password anda.
Untuk mengetahui password yang disimpan oleh komputer gunakan utiliti dari Snadboy - Revelation. Halakan anak panah kedalam kotak password untuk mengetahui password.

2007-01-05_160202.gif

Adobe Photoshop CS3

Filed under: Komputer — Khairul at 3:19 pm on Friday, January 5, 2007

ADOBE Systems Incorporated (Adobe) telah berjaya mengeluarkan perisian terbaru iaitu Adobe Photoshop CS3 (Photoshop CS3) versi beta yang akan digunakan untuk masa depan.

Perisian ini boleh di pasang(install) pada sistem Apple, Microsoft Windows XP dan Microsoft Windows Vista. Perisian ini boleh digunakan bagi tujuan rekaan, pratonton dan percubaan pada kandungan mudah alih apabila ianya direka khusus untuk paparan kecil. Perisian ini juga akan meningkatkan kelajuan bagi kandungan mudah alih pada persekitaran pratonton serta peralatan binaan dalamannya. Perisian ini dilengkapi dengan Adobe Bridge, Adobe Device Central, ExtendScript Toolkit, Adobe Version Cue, dan Adobe Stock Photos.

Perisian Photoshop CS3 beta mengandungi ciri-ciri terbaru seperti:
- Non-destructive Smart Filters
- Quick Selection Tool
- Refine Edge
- Automatic layer alignment and blending
- Vanishing Point with multiple, adjustable angle perspective planes
- Black and White conversion
- Enhanced Adobe Camera Raw

Perisian ini akan dipasarkan diperingkat global bermula pada pertengahan tahun ini . Para pengguna boleh muat turun perisian ini di laman web Adobe untuk tujuan pembelian atau percubaan produk ini di http://labs.adobe.com.

Nero PhotoShow Deluxe 4

Filed under: Komputer — Khairul at 1:03 pm on Thursday, January 4, 2007

Nero PhotoShow Deluxe 4 menyediakan kepada jurugambar dan penguna dengan alatan asas mengedit gambar. Manakala pemilihannya adalah terhad, pengguna akan menemui semua opsyen yang disediakan seperti memotong, mengubah kedudukan gambar, pemindahan mata merah dan mengubah tahap warna. Pengguna juga boleh menetapkan mutu gambar dengan hanya klik pada auto-fix.

Pengguna juga boleh mengedit gambar seperti menggunakan alatan yang popular seperti Photoshop untuk pengklonan dan smudging untuk menyembunyikan kecacatan pada gambar. Selain dari itu pengguna dapat menambah teks dan clipart untuk meriahkan lagi gambar tersebut.

Manakala pengeditan gambar adalah ciri asas, tarikan utama bagi PhotoShow adalah slideshow. Ianya adalah mudah untuk mewujudkan satu slideshow dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan PhotoShow.
Tiada gunanya jika membuat satu slideshow jika pengguna tidak merancang untuk menunjukkannya kepada umum - itulah sebabnya mengapa PhotoShow datang dengan hanya satu klik “Share” opsyen.

Pengguna juga boleh import atau eksport gambar-gambar daripada alat penyimpanan digital(cakera keras atau thumbdrives), CD dan DVD. Pengguna juga boleh emailkan gambar-gambar mereka kepada rakan dan keluarga dengan lebih mudah dan tidak perlu membuka pelayar web untuk menghantar gambar dan ia boleh dibuat terus dengan PhotoShow.

Oleh itu, Nero PhotoShow Deluxe 4 adalah alatan yang sesuai kepada semua jurugambar dan pengguna baru yang ingin mencuba aplikasi pengeditan gambar.

Broadband (Router)

Filed under: Komputer — Khairul at 5:13 pm on Wednesday, January 3, 2007

Router adalah sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Antara kelebihan Router adalah:

(Lagi …)

Pelayar Web Opera

Filed under: Internet — Khairul at 3:09 pm on Wednesday, January 3, 2007

Pelayar ini dihasilkan oleh Opera Software dari Norway dan ia digemari oleh para pelayar yang mahukan pelayar web yang ringkas dan cepat melayari web. Opera tidak dibebani dengan pelbagai jenis ciri dan ia bergantung kepada asasnya yang mempunyai ciri yang sering digunakan dan mudah guna. Saiz Opera ialah 2MB bagi versi biasa dan 9MB untuk versi berkeupayaan Java.

Opera membolehkan anda mengawal sepenuhnya menu dan anda boleh letakkannya di mana-mana bahagian skrin yang anda mahu. Bebutang yang paling menarik terdapat pada Opera ialah paparan skrin penuh. Apabila ikon ini diklik pelayar akan memenuhi skrin dengan semaksima yang mungkin dan laman web akan dipaparkan dalam skrin yang kecil sahaja.

(Lagi …)

« Terdahulu
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key