Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Cari Duit Online?

Filed under: Bicara — Selubung at 2:29 pm on Thursday, April 12, 2007

Banyak telah kita dengar pasal pelaburan seperti swisscash diperkatakan. Terdapat banyak lagi pelaburan seperti ini di internet. Tidak dinafikan ramai yang ingin jadi kaya raya dengan cara pendek dan mudah. Ada sesetengah dari kita pula berjaya mendapatkan duit melalui internet dengan menggunakan blog, program affiliate, google adsense, google adword dan pelbagai lagi cara.
Dengan teknologi tanpa wayar serta dunia tanpa sempadan ini, sesetengah dari kita yang celik internet telah mengambil peluang untuk beroleh sedikit keuntungan dari pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki. Bagi kita yang mendengar cerita khayalan dan dongeng sebelum ini tersentak apabila mendengar ada di kalangan kita memperolehi wang dari e-dagang, e-book dan pelbagai e lagi. Tidak semua bernasib baik kerana ada yang berhempas pulas sehingga bertahun lamanya untuk mencapai impiannya menjadi kenyataan. Ada yang hanya menggunakan hasil orang lain iaitu mangambil cerita, keratan, catitan, blog dari laman web dan pos di laman web sendiri. Sejak Google menjelma menggunakan sistem Page Rank, ramai di kalangan kita telah berebut-rebut untuk mendapatkan page rank yang tinggi tanpa segan silu mencedok hasil titik peluh orang lain.
Perkara yang pelik ialah rahsia mencari duit atau cara-cara memperolehi wang telah berleluasa kita dengar di internet. Tetapi yang menghairankan kenapa para saudagar dulu dan kini masih menyimpan resepi-resepi memperolehi keuntungan. Bill Gates atau Donald Trump telah bergelar billionaire dan jarang kita mendengar mereka ingin berkongsi resepi-resepi untuk beroleh keuntungan. Apa yang mereka buat ialah memberi nasihat serta tips-tips bagaimana untuk beroleh kejayaan.
Oleh itu, fikirkanlah dan mari kita renung bersama agar kita dapat membezakan yang realiti dan fantasi.

4 Comments »

8

Comment by alang

April 12, 2007 @ 2:33 pm

Cari Duit, Dapat Duit, Duit Runtuh
bagus jugak cerita pasal duit ni, tapi yang pelik nya kenapa ramai yang masih jadi hamba duit.
Keep it Up . hehehe

9

Comment by Wan

April 12, 2007 @ 2:35 pm

Eh betul gak, mana ada orang nak kongsi pengetahuan untuk cari duit. yang diorang cerita join lah kami supaya duit boleh jadi banyak. mana ada duit leh beranak, kucing tu boleh lah.

21

Comment by saiful

April 20, 2007 @ 10:37 am

realiti dan fantasi.
emmm banyak e-book dan seminar saya pegi, tapi belum tentu boleh berjaya. Duit pun dah habis. seminar diorang bukannya murah. Memang la banyak pengetahuan saya dapat tapi yang paling penting idea tu kena kreatif. Usaha pun kena lebih. Diorang beri tips dan guide lines je. selebih tu bergantung kepada kita.

34

Comment by sop

May 4, 2007 @ 11:09 pm

Ni semua sebab nak banyak duit. Seperti kata pepatah, kita semua nak duit sbb semua benda perlu guna duit.

cobaan!!

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key