iGoogle
Google pelayar web enjin carian nombor 1 dunia telah menambahkan sedikit gaya kepada laman web enjin carian Internetnya. Google telah menyediakan perkakasan “Gadget Maker” kepada pelawat bagi memudahkan mereka menyesuaikan halaman dengan gambar, video atau muzik. Kini, sesiapa yang tahu memindah turun gambar atau menulis e-mel boleh menggunakan salah satu daripada tujuh modul Gadget Maker untuk mencipta gajet peribadi tanpa perlu tahu menulis kod. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk membuat laman web iGoogle dengan ciri seperti gambar, menulis jurnal blog, video YouTube dan kad ucapan beranimasi ‘Google Gram’.





