LG Shine - Telefon Bimbit Cermin?
LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG) telah melancarkan telefon terbaru bagi kategori premium model KE 970 dikenali sebagai LG Shine yang dilengkapi dengan kad MicroSD dan kamera fokus automatik daripada Schneider-Kreuznach.

Paparan cecair kristal (LCD) yang ada pada Shine membolehkan ia bertindak sebagai cermin, manakala teknologi penglihatan pelbagai sudut membenarkan pengguna melihat kandungan daripada pelbagai arah.
LG Shine ini dilengkapi dengan pemain media menyeluruh serta sokongan dan keserasian teknologi GPRS, EDGE, Bluetooth dan sambungan USB. Harga yang ditawarkan ialah RM1,399 dan kini sudah pun berada di pasaran.














