Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Senarai File Hosting dan Image Hosting di Internet

Filed under: Internet — faizal at 12:50 pm on Thursday, May 24, 2007

Terdapat pelbagai servis dari laman-laman web samada percuma atau berbayar di Internet yang membolehkan anda menyimpan fail, gambar, MP3, video dan sebagainya di dalam server mereka. Dengan kewujudan servis seperti ini di Internet, anda boleh mengakses, menggunakan fail-fail yang telah anda simpan bila-bila masa sahaja melalui web.

Berikut adalah senarai laman web yang membenarkan anda untuk menyimpan pelbagai jenis data tesebut di dalam server mereka.

10 Laman Web untuk File Hosting

  • RapidShare
  • MyTempDir
  • 11MBit.de
  • YouSendIt
  • Putfile
  • WebFile.ru
  • ZippyVideos
  • MegaUpload
  • UpDownloadServer.de
  • UltraShare.NET
  • 10 Laman Web untuk Image Hosting

  • ImageShack
  • Photobucket
  • TinyPic
  • ImageFly
  • FotoPic
  • The Image Hosting
  • Imagetash
  • Album Town
  • Zoto
  • Pix8
  • Sesetengah laman web untuk image hosting ini juga ada menawarkan servis untuk anda membuat album gambar anda sendiri di Internet.

    Program Affiliate DataKL Hosting

    Filed under: Internet — faizal at 4:38 pm on Tuesday, May 22, 2007

    Ketika ini terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan wang melalui Internet. Antaranya ialah Program Affiliates bersama DataKL Hosting ini.

    Program Affiliates Bersama DataKL Hosting

    Dengan menyertai Program Affiliates ini, anda akan mendapat komisyen sebanyak 10% daripada harga pakej yang dilanggan kepada DataKL daripada pautan anda, satu jumlah yang besar untuk dibandingkan dengan program-program Affiliates tempatan yang lain.

    (Lagi …)

    Jenis-jenis laman web

    Filed under: Internet — Editor at 1:16 pm on Tuesday, May 22, 2007

    Laman web mempunyai pelbagai bentuk iaitu blog, portal, komuniti, forum, direktori. Seperti laman web yang lain, pelayar.org dibina secara infomatif lagi interaktif bagi pengguna internet setempat mahupun secara global. Bagi mereka yang berdaftar, mereka dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui komen, pos yang dihantar.

    Selain daripada yang disebut di atas, terdapat juga laman yang dibina bagi pihak pereka laman web, ‘webmaster’ atau pihak pengurusan sesebuah laman web memeriksa potensi laman mereka dari segi populariti dan kepentingan laman mereka. Contoh terbaik ialah laman web seperti checkip.biz yang boleh digunakan sebagai alat kayu pengukur untuk kedudukan mereka dalam enjin pencari terkemuka seperti Google.com, Yahoo.com. Mereka juga boleh memeriksa Nama domain, menentusahkan email, kelajuan jariangan internet, lokasi melalui IP serta lain-lain lagi.

    Mahu Buat Signature?

    Filed under: Internet — Khairul at 3:26 pm on Friday, May 18, 2007

     

    Ninja!

    Laman web khas yang boleh membantu anda menghasilkan signature nama, alamat web, dan apa sahaja.
    http://www.fodey.com/generators/animated/ninjatext.asp

    Joost - Cara Baru Menonton TV di Internet

    Filed under: Internet — faizal at 11:57 am on Friday, May 18, 2007

    Joost - Cara Baru Menonton TV di Internet

    Pernah terfikir cara baru menonton televisyen di Internet? Joost kini bakal memberikan anda kepuasan untuk menonton TV menerusi Internet. Dibangunkan oleh Niklas Zennström dan Janus Friis (pembangun perisian Skype dan Kazaa), Joost kini mempunyai lebih 150 saluran yang boleh dipilih pada bila-bila masa untuk ditonton seperi MTV, CBS, Warner Music dan sebagainya. Hadir dengan fungsi-fungsi tambahan, anda juga boleh berborak bersama rakan seluruh dunia ketika menonton televisyen menerusi Joost.

    Untuk memuat-turun Joost daripada Komuniti Pelayar.Org, daftar sekarang sebagai ahli dan hantarkan satu artikel anda kepada kami. 50 ahli berdaftar terawal akan mendapat jemputan untuk memuat-turun Joost ini daripada kami.

    Laman web rasmi : http://www.joost.com

    iGoogle

    Filed under: Internet — Khairul at 12:58 pm on Monday, May 14, 2007

    igoogle.gif

    Google pelayar web enjin carian nombor 1 dunia telah menambahkan sedikit gaya kepada laman web enjin carian Internetnya. Google telah menyediakan perkakasan “Gadget Maker” kepada pelawat bagi memudahkan mereka menyesuaikan halaman dengan gambar, video atau muzik. Kini, sesiapa yang tahu memindah turun gambar atau menulis e-mel boleh menggunakan salah satu daripada tujuh modul Gadget Maker untuk mencipta gajet peribadi tanpa perlu tahu menulis kod. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk membuat laman web iGoogle dengan ciri seperti gambar, menulis jurnal blog, video YouTube dan kad ucapan beranimasi ‘Google Gram’.

    http://www.google.com/ig

    Pengiklanan RSS atau RSS Advertising

    Filed under: Internet — Editor at 4:12 pm on Monday, April 23, 2007

    Format bekalan web atau web feed format digunakan untuk menyiarkan kandungan digital terkini seperti blog, bekalan berita atau podcasts.
    Pengguna akan menggunakan program yang dikenali pembekal pembaca atau feed readers untuk diletakkan di laman web masing-masing dan setiap hari berita terbaru akan dikemaskini.Terdapat beberapa program seperti ini diperkenalkan sejak Google mempromosi ‘Adsense Beta - RSS Advertising’.

    1. AdSense - Ia masih dalam versi beta - percubaan.
    2. Feedburner Ad Network
    3. Feedvertising (aff)
    4. YPN
    5. Feedster
    6. Pheedo

    feedburner.gif
    rss1.gif
    Sekiranya terdapat RSS yang baru sila tambah di bahagian komen

    Seterusnya »
    • No Related Posts
    Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key