Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

CPU Terkecil Stealth LPC-450

Filed under: Komputer — Khairul at 4:10 pm on Monday, May 28, 2007

stealth.jpg

CPU terkecil ini diberi nama sebagai Stealth LPC-450 ini mempunyai keupayaan yang sama seperti komputer desktop yang biasa dan ianya menggunakan sistem pemprosessan Intell Core 2 Duo Processor yang direka khas untuk komputer ini. Ia hanya sebesar 14.6 x 25.2 x 4.2 cm iaitu bersamaan tapak tangan anda. CPU ini juga berkeupayaan untuk menggunakan sistem operasi seperti Linux, Win Vista/XP dan Win 2000. Harga yang dijangka untuk CPU terkecil ini ialah 1,400 hingga 3,000 USD.

Sistem Spesifikasi:

Processor: Intel Core 2 Duo Processors 2.33GHz
Chipset: Intel 945GM / ICH7M, North/South
Internal Storage: 160GB SATA 2, 2.5″ Hard Drives
Optical Drives: Slim DVD/CD-RW Standard Included
Video: Intel Graphics Media Accelerator 950

Starcraft 2 Sambungan Dari Epic Saga Protoss, Terran dan Zerg

Filed under: Komputer — Khairul at 3:40 pm on Wednesday, May 23, 2007

starcraft2.jpg

Starcraft 2 kini muncul hasil dari sambungan Epic Saga Protoss, Terran dan Zerg. Tiga kumpulan ini bertembung sekali lagi dalam strategi masa nyata yang pantas dari Starcraft yang asal. Ketiga-tiga kumpulan ini dinaik taraf dan mempunyai strategi pertempuran yang baru dan lebih ramai wira baru yang hebat. Kesan 3D daripada Starcraft 2 ini lebih menarik berbanding Starcraft yang asal dan membuatkan pertempuran yang berlaku lebih menarik dan menakjubkan.

Ciri-ciri

1) Efek yang berkualiti, strategi masa yang tepat dan strategi pertempuran yang baru.
2) 3 kumpulan yang hebat: Protoss, Terran dan Zerg.
3) Cabaran yang lebih mencabar.
4) Grafik yang lebih menarik dan kesan visual yang berkualiti.

Laman web review untuk Starcraft 2: www.starcraft2.com

Juzt-Reboot

Filed under: Komputer — Khairul at 11:24 am on Tuesday, May 22, 2007

 

just-reboot.jpg

Kini anda tidak perlu lagi risau akan kehilangan data penting dalam pemacu cakera keras akibat serangan virus atau terpadam secara tidak sengaja lagi kerana produk Juzt Reboot Vista akan menyimpan data penting anda dengan segera. Produk ini menggunakan saiz 2 Gigabyte “buffer”untuk memberi ruang lebih besar kepada para pengguna. Produk ini boleh digunakan pada sistem operasi DOS, Win 95/98/ME, Win NT/2000/XP, Unix dan Linux untuk dimuatkan ke dalam slot PCI pada papan litar utama anda.

Muat Turun Screensavers Menarik

Filed under: Komputer — Khairul at 12:05 pm on Friday, May 18, 2007

 

 

screensaver.jpgscreensavers.jpg

Screensavers Pemandangan
Screensavers Budaya di Malaysia
Screensavers Tropika
Screensavers Sukan

 

DownloadThem All - Tingkatkan Kelajuan Muat Turun Anda

Filed under: Komputer — fairiz at 11:47 am on Thursday, May 17, 2007

DownloadThemAll

Jika Fasterfox meningkatkan kelajuan pelayaran internet anda kini dengan DownloadThem All anda boleh meningkatkan kelajuan muat turun anda dengan Add-On Firefox ini. Selain daripada mengingkatkan kelajuan ia boleh memberhentikan sementara muat turun (download) anda tanpa menyebabkan kehilangan data. Dapatkan DownloadThemAll!

Paint.NET

Filed under: Komputer — Khairul at 4:02 pm on Wednesday, May 9, 2007

paintdotnet.jpg

Paint.NET adalah perisian pengubahsuaian gambar percuma yang digunakan untuk sistem pengendalian Windows sahaja. Ianya hampir sama seperti Adobe Photoshop dimana mempunyai efek khas, layer dan alatan-alatan yang lain. Perisian ini dikeluarkan oleh Microsoft dan dijangka akan menggantikan perisian MS Paint yang terdapat pada sistem pengendalian Windows. Perisian ini dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C# dan sedikit C++.

Muat turun perisian ini: http://support.datakl.com/dl.php?type=d&id=2

Fasterfox - Tingkatkan Kelajuan Layaran Internet

Filed under: Komputer — fairiz at 5:26 am on Sunday, May 6, 2007

Firefox adalah pelayar internet yang semakin meningkat popular. Jika anda pengguna Firefox anda oleh mengingkatkan kelajuan pelayar internet anda dengan menggunakan add on Fasterfox. Fasterfox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk meningkatkan kelajuan tanpa mengubah fail registry Windows secara manual.

Fasterfox

Seterusnya »
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key