Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Muat Turun Screensavers Menarik

Filed under: Komputer — Khairul at 12:05 pm on Friday, May 18, 2007

 

 

screensaver.jpgscreensavers.jpg

Screensavers Pemandangan
Screensavers Budaya di Malaysia
Screensavers Tropika
Screensavers Sukan

 

Joost - Cara Baru Menonton TV di Internet

Filed under: Internet — faizal at 11:57 am on Friday, May 18, 2007

Joost - Cara Baru Menonton TV di Internet

Pernah terfikir cara baru menonton televisyen di Internet? Joost kini bakal memberikan anda kepuasan untuk menonton TV menerusi Internet. Dibangunkan oleh Niklas Zennström dan Janus Friis (pembangun perisian Skype dan Kazaa), Joost kini mempunyai lebih 150 saluran yang boleh dipilih pada bila-bila masa untuk ditonton seperi MTV, CBS, Warner Music dan sebagainya. Hadir dengan fungsi-fungsi tambahan, anda juga boleh berborak bersama rakan seluruh dunia ketika menonton televisyen menerusi Joost.

Untuk memuat-turun Joost daripada Komuniti Pelayar.Org, daftar sekarang sebagai ahli dan hantarkan satu artikel anda kepada kami. 50 ahli berdaftar terawal akan mendapat jemputan untuk memuat-turun Joost ini daripada kami.

Laman web rasmi : http://www.joost.com

DownloadThem All - Tingkatkan Kelajuan Muat Turun Anda

Filed under: Komputer — fairiz at 11:47 am on Thursday, May 17, 2007

DownloadThemAll

Jika Fasterfox meningkatkan kelajuan pelayaran internet anda kini dengan DownloadThem All anda boleh meningkatkan kelajuan muat turun anda dengan Add-On Firefox ini. Selain daripada mengingkatkan kelajuan ia boleh memberhentikan sementara muat turun (download) anda tanpa menyebabkan kehilangan data. Dapatkan DownloadThemAll!

LG Shine - Telefon Bimbit Cermin?

Filed under: Gadget — faizal at 5:45 pm on Tuesday, May 15, 2007

LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG) telah melancarkan telefon terbaru bagi kategori premium model KE 970 dikenali sebagai LG Shine yang dilengkapi dengan kad MicroSD dan kamera fokus automatik daripada Schneider-Kreuznach.

LG Shine - Telefon bimbit terbaru daripada LG.
Shine adalah telefon selular yang turut dilengkapi pelongsor badan logam sepenuhnya, iaitu memiliki reka bentuk menarik dan pada masa yang sama spesifikasi tinggi.

Paparan cecair kristal (LCD) yang ada pada Shine membolehkan ia bertindak sebagai cermin, manakala teknologi penglihatan pelbagai sudut membenarkan pengguna melihat kandungan daripada pelbagai arah.

LG Shine ini dilengkapi dengan pemain media menyeluruh serta sokongan dan keserasian teknologi GPRS, EDGE, Bluetooth dan sambungan USB. Harga yang ditawarkan ialah RM1,399 dan kini sudah pun berada di pasaran.

Pemain MP3 T9 daripada Samsung

Filed under: Gadget — faizal at 2:22 pm on Monday, May 14, 2007

T9 - Peralatan Hiburan Bersepadu

Spesifikasi:

Skrin LCD
26,000 warna pada resolusi 176 x 220 piksel.

Storan
Memori ‘Flash’

Format muzik
MP3, WMA, OGG

Sistem sambungan
Bluetooth

Ciri radio
FM tuner

Aspek sokongan
ASF, AVI, MPEG4, RMVB, SWF, WMV dan game Flash

Bateri
Litium polimer

Dimensi
42.6 x 83 x 11 milimeter

Berat

49 gram

Harga
RM658 (2GB), RM798 (4GB)

iGoogle

Filed under: Internet — Khairul at 12:58 pm on Monday, May 14, 2007

igoogle.gif

Google pelayar web enjin carian nombor 1 dunia telah menambahkan sedikit gaya kepada laman web enjin carian Internetnya. Google telah menyediakan perkakasan “Gadget Maker” kepada pelawat bagi memudahkan mereka menyesuaikan halaman dengan gambar, video atau muzik. Kini, sesiapa yang tahu memindah turun gambar atau menulis e-mel boleh menggunakan salah satu daripada tujuh modul Gadget Maker untuk mencipta gajet peribadi tanpa perlu tahu menulis kod. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk membuat laman web iGoogle dengan ciri seperti gambar, menulis jurnal blog, video YouTube dan kad ucapan beranimasi ‘Google Gram’.

http://www.google.com/ig

Paint.NET

Filed under: Komputer — Khairul at 4:02 pm on Wednesday, May 9, 2007

paintdotnet.jpg

Paint.NET adalah perisian pengubahsuaian gambar percuma yang digunakan untuk sistem pengendalian Windows sahaja. Ianya hampir sama seperti Adobe Photoshop dimana mempunyai efek khas, layer dan alatan-alatan yang lain. Perisian ini dikeluarkan oleh Microsoft dan dijangka akan menggantikan perisian MS Paint yang terdapat pada sistem pengendalian Windows. Perisian ini dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C# dan sedikit C++.

Muat turun perisian ini: http://support.datakl.com/dl.php?type=d&id=2

« TerdahuluSeterusnya »
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key