Pelayar.Org

Portal Maklumat Komuniti Malaysia

Fasterfox - Tingkatkan Kelajuan Layaran Internet

Filed under: Komputer — fairiz at 5:26 am on Sunday, May 6, 2007

Firefox adalah pelayar internet yang semakin meningkat popular. Jika anda pengguna Firefox anda oleh mengingkatkan kelajuan pelayar internet anda dengan menggunakan add on Fasterfox. Fasterfox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk meningkatkan kelajuan tanpa mengubah fail registry Windows secara manual.

Fasterfox

Khasiat Dari Tumbuhan

Filed under: Kesihatan — MaD at 10:42 am on Friday, May 4, 2007

1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan.Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambilbeberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Kingston 256-bit AES

Filed under: Gadget — Khairul at 2:42 pm on Friday, April 27, 2007

kingston.jpg

Thumb Drive terbaru keluaran Kingston ini yang menggunakan teknologi terbaru dimana thumbdrive ini lebih tahan lasak dan kalis air sehingga sedalam 4 kaki. Thumbdrive ini juga mempunyai keupayaan sekuritinya sehingga 256 bit encryption. Pihak Kingston telah mengeluarkan Thumbdrive jenis ini hingga kapasiti 4 Gig. Ianya mempunyai kelajuan membaca sehingga 24 MB/s manakala kelajuan menulis sehingga 10 MB/s.

Kiriman Surat Percuma

Filed under: Komputer — fairiz at 4:03 pm on Thursday, April 26, 2007

Staedtler jenama pembuat pensil yang terkenal menggunakan promosi yang amat unik iaitu kiriman surat ke Australia melalui web. Jika anda mempunyai saudara mara atau kenalan di benua Australia, silalah berkunjung ke takenote

Take Note

Lima Tanda Sakit Jantung

Filed under: Kesihatan — faizal at 6:03 pm on Wednesday, April 25, 2007

Jaga Kesihatan Jantung Anda

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun, masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.Atherotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).Atherotrombosis ini boleh dikawal sekiranya kita mengawal tekanan darah kita. Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam dan bersenam.5 Tanda Risiko Penyakit Jantung

  1. Kelesuan (F)
  2. Aktiviti menjadi terhad akibat cepat letih(A)
  3. Dada terasa sesak (C)
  4. Buku lali bengkak atau edema (E)
  5. Sesak nafas (S)

Komputer Terkecil??

Filed under: Gadget — Khairul at 4:21 pm on Tuesday, April 24, 2007

oqo.jpg

OQO komputer telah mencipta satu teknologi terbarunya iaitu komputer terkecil dan mempunyai skrin sentuh LCD hanya sebesar 5 inci dan diberi nama UMPC. Had storan UMPC ini ialah 60GB dan sama pada kebanyakan komputer yang biasa kita lihat. Ianya juga berfungsi seperti komputer lain yang mempuyai WiFi, Bluetooth, DVD Burner, Keyboard, Mouse dan pelbagai alatan lain. Harga yang dicadangkan ialah USD 2300 di negara-negara luar.

Tips Berhenti Merokok

Filed under: Kesihatan — faizal at 3:59 pm on Tuesday, April 24, 2007

 taknak.gif

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
(Lagi …)

« TerdahuluSeterusnya »
  • No Related Posts
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key